Sunday, October 23, 2011

Membaca Buku Ilmu Hitam

Jawapan
Bahan-bahan bacaan, kecuali al-Qur`an dan hadis sahih, bagaikan makanan yang mengisi kepeluan jasmani kita, ada yang baik untuk dimakan dan ada yang memudaratkan kesihatan. Jika kita ingin makan, pilihlah makanan yang membina kesihatan. Jangan lupa ada makanan yang lazat, tetapi mudarat atau tidak sesuai dengan tabiat semula jadi yang ada dalam badan kita.

Bahan-bahan bacaan juga begitu, hatta kitab agamapun kadang-kadang ada racun disampng penawarnya yang sangat berfaedah. Terpulanglah kepada pembaca yang bijak, memilih sendiri bahan bacaannya, kemudian menentukan sendiri yang mana racun untuk dijauhi dan penawarnya untuk ditelan.

Sebelum saya memberi maklum balas, sama ada buku yang dikemukakan dalam pertanyaan di atas baik atau tidak baik dibaca, benar atau tidak benar maklumat dan fakta dalam kandungannya, saya nyatakan dahulu maklumat ringkas tentang kitab Tajul Muluk yang ditanyakan itu..

Judul penuh kitab ini ialah Taj al-Muluk al-Murassa` bi al-Durar wa al-Jawahir al-Manzumat (Terjemahannya: Mahkota raja-raja yang bertatah berlian dan permata). Dicetak dalam dua edisi rumi dan jawi. Edisi jawinya mengandungi 136 muka surat. Kitab ini diringkaskan daripada sumber asalnya berjudul Siraj al-Zalam (Pelita kegelapan). Naskhah yang ada pada saya ialah cetkan Dar al-Ma`arif Pulau Pinang. Tanpa tarikh cetak. Dipercayai naskhah asalnya dicetak di Percetakan Ihya` al-Kutub al-`Arabiyyah , Kaherah, tetapi maklumat itu tidak dilengkapkan dengan jelas.

Maklumat yang terdapat pada kulit buku itu, pengarangnya ialah Syeikh Abbas orang Acheh, selesai ditulisnya pada hari Isnin 9 Rajab 1266 Hijrah. Kitab asalnya berjudul Sirajul Zalam selesai ditulis Di Makkah pada hari Sabtu 28 Rabi` Awwal 1306 Hijrah. Disamping Tajul Muluk sebagai kitab induk, ada dua lagi kitab yang dicetak bersama kitab itu, pertama, Hidayat al-Mukhtar , karangan Tuan Hasan Besut Bin Tuan Ishak Patani, iaitu pada akhir kitab Tajul Muluk. Kedua, Kitab Bad` al-Khalq pada tepinya, iaitu karangan Nusruddin Muhammad Jilani al-Raniri.

Dalam mukaddimah kitab Tajul Muluk ini menyatakan ia ditulis kerana menyahut permintaan raja Acheh bernama Sultan Mansur Billah Syah Bin al-Sultan Jauhar al-Alim Syah, katanya:

.. maka sanya, bertitah oleh yang ampunya kebesaran dan kemegahan pangkatnya, ialah yang menanggung panji-panji syariat dalam negeri Acheh yang mahrus (terpelihara), dan iaitulah tuan kita sultan yang kebesaran pangkatnya dan kemuliaan nasabnya dan kebesaran kepujiannya, itulah sultan yang dilakab dengan sultan Mansur Billah Syah Ibn Sultan Johor Al-Alim Syah, akan bahawasanya aku kerjakan baginya suatu risalah yang mukhtasar dengan bahasa Jawi (bahasa Melayu) pada menyatakan mengenal segala hari bulan Arab dan mengenal segala saat bagi segala hari dan daripada bulan daripada saat bahagia dan celaka.

Antara kandungan buku ini ialah menyatakan ubat-ubatan tradisional, bagi mengubati berbagai-bagai penyakit, suratan azimat dan rajah dan juga bacaan doa, jampi serapah dan hal-hal berkaitan nujum, jin dan sebagainya. Kitab ini dijual di pasar-pasar kaki lima dan kedai-kedai kitab. Peminat ilmu perbomohan beranggapan buku ini mencukupi bagi memenuhi kehendak masyarakat yang memerlukan khidmat bomoh.

Selain buku ini, memang banyak lagi buku yang kandungannya hampir sama, seperti Senjata Fakir. Senjata Sulit. Bintang Dua Belas. Pati Rahsia dan lain-lain. Dalam bahasa Arab juga ada, bahkan lebih banyak lagi, antara judulnya al-Rahmah fi Tibb wa al-Hikmah , karangan Imam al-Suyuti, Syams al-Ma`arif , karangan al-Buni, Mujarrabat karangan al-Dayrabi dan lain-lain.

Saya berpendapat, kitab-kitab berupa rawatan tradisional boleh dibeli, dibaca dan dicuba kaedah rawatannya oleh pesakit atau bomoh yang berkenaan. Tetapi hendaklah tidak terlibat dengan unsur-unsur sihir, rajah-rajah dan amalan khurafat, seperti amalan mendapat khidmat jin dan makhluk halus, kerana unsur-unsur ini dibimbangi membawa syirik. Jika pembaca berpendapat, dirinya tidak akan dipengaruhi unsur-unsur yang menyesatkan akidahnya, maka tidak ada sebarang larangan untuk membaca buku-buku itu.

Secara kebetulan, saya membaca fatwa Dr Nasr Farid Wasil mufti Mesir, tetakala menyatakan pandangannya tentang kitab al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah , yang saya klasifikasikannya sebagai menyamai kita Taj al-Muluk dalam bahasa Melayu, katanya:

Tiada apa-apa halangan bagi siapa jua membeli dan mengamalkan apa yang baik dalam kitab itu, seperti rawatan dengan memakai kaedah al-Qur`an, kerana Allah berfirman yang membawa maksud: (al-Isra`:82)

Terjemahan: Dan kami turunkan al-Qur`an perkara yangmendatangkan penawar dan rahmat bagi orang mu`min

Firaman-Nya lagi: (Yunus: 57)
Terjemahan: Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan penawar kepada penyakit yang ada dalam dada kamu.

Sabda Nabi (s.a.w.) yang bermaksud:
Terjemahan: Berubatlah kamu, kerana Allah tidak menimpakan sebarang penyakit, melainkan ada ubatnya, kecuali penyakit tua.
(Hadis ini diriwayat al-Tirmidhi, bilangan 1958, Isnad hadis Muttasil, rijalnya thoqat)

Sebaik-baiknya gunakanlah bacaan jampi yang diperolehi daripada ayat al-Qur`an, kerana menyelamatkan seseorang pesakit atau bomoh daripada syirik dan khurafat.

Jika sesebuah kitab atau buku itu mengandungi ilmu hitam atau pujaan, maka jauhilah daripadanya, kerana nabi (s.a.w.) menyatakan sihir itu haram dipelajari dan termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan. Sabadanya dalam riwayat Abu Hurairah (r.a.)

Terjemahan: Jauhilah kamu daripada tujuh perkara yang membinasakan. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang dimaksudkan tujuh perkara itu? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, sihir, bunuh nyawa manusia yang diharam bunuhnya, makan riba, makan harta anak yatim, mengundur diri pada hari perang dan menuduh zina terhadap wanita suci.

)Hadis riwayat al-Bukhari, al-Wasaya, bilangan (2574) daripada Abu Hurairah,Isnad hadith Muttasil, rijalnya Muttasil. Mengikut syart al-Bukhari)

Jumhur ulama sepakat berpendapat, haram belajar atau mengajar sihir (ilmu hitam). Seseorang muslim dilarang sama sekali menemui bomoh yang menggunakan ilmu itu, sama ada bagi merawati penyakitnya atau menyelesaikan sesuatu masalah yang menimpanya.

Berpandukan hadis ini, kitab yang dikemukakan dalam pertanyaan di atas harus dibeli, dibaca dan diambil isinya yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur`an dan sunnah Rasulullah (s.a.w.) jua. Seseorang hanya boleh mengambil yang baik dan menolak yang buruk daripada apa jua buku dab bahan bacaan sekalipun.

Jika ada kitab lain yang lebih besih dan baik kandungannya, serta tiada padanya kaedah-kaedah rawatan dengan mengamalkan ilmu hitam, maka kaedah itu lebih baik . Demian pendapat Mufti Mesir yang dipetik dari Internet, laman Islam On Line.

Jawapan ini difahamkan, jika anda tidak dapat membezakan antara ilmu hitam dengan ilmu-ilmu lain, sama ada kerana kurang maklumat tentang Islam atau kerana ada kecenderungan kepadanya, dinasihatkan agar anda tidak membeli dan membaca kitab-kitab itu. Sabda nabi (s.a.w.): Jauhilah amalan yang meragukan anda, ambillah yang tidak meragukan.

Sehubungan ini saya fikir baik juga diterangkan jenis-jenis ilmu hitam yang haram dipelajari, kerana boleh memesungkan akidah. Saya terjemahkan di sini fatwa Syeikh Ahmad al-Sharbasi, seorang ulama yang terkenal di Azhar, dalam bukunya Yas`lunak fi al-Din wa al-Hayat , katanya:

Apa jua jenis ilmu yang mendakwa bolah tahu perkara ghaib, semuanya dikatigorikan sebagai ilmu hitam yang haram dipelajari atau dipercayainya, sama ada yang menggunakan kaedah hisab bintang, rajah, malihat tapak tangan, melukis pada pinggan mangkuk dan lain-lain. Kaedah ini banyak diguna oleh penipu-penipu yang berminat mencari rezeki dengan cara mudah, kadang-kadang ada yang membuat promosi khidmatnya secara profesional.

Jawapan ini dikeluarkan tetakala menjawab soalan sorang wanita yang bertanya, mengapa ia tidak diminati lelaki untuk mengahwininya, sehingga usianya meningkat lebih lanjut, padahal rupa parasnya biasa atau sederhana dan tiada unsur-unsur yang mengaibkan. Wanita itu bertanya lagi, sama ada benar atau tidak tuduhan seorang bomoh yang menyatakan ia terkena buatan orang yang tidak dikenali. Untuk merawati penyakit itu, bomoh tersebut menasihatkan agar suatu upacara rawatan dilakukan di atas kubur setelah berpuasa beberapa hari.

Jelas, betapa bahaya jawapan bomoh ini, kerana secara tidak langsung mendakwa tahu punca penyakit itu disebabkan buatan orang. Tuduhan ini tidak membantu wanita berkenaan menamatkan penderitaan jiwanya. Sebaliknya ia akan mencari siapa yang melakuakan perbuatan jahat itu dan akan mengsyakki sesiapa jua yang ada di hadapannya.

Bukankah lebih baik jika wanita ini dinasihatkan supaya berdoa kepada Allah, mohon kepadaNya supaya masalah yang ditanggungnya diafiatkan. Jelaskan bahawa semua masalah tidak dapat diselesaikan tanpa izin Allah. Dia yang menghidup dan mematikan, Dia juga Yang mengambil dan memberi.

Dakwaan bomoh, bahawa masalah wanita itu disebabkan buatan orang, adalah suatu pembohongan yang sangat berani. Mempercayai pembohongannya pula adalah salah dan berdosa. Sabda Nabi (s.a.w.) yang bermaksud:
(Musnad Ahmad, bialangan (9332) daripada Abu Hurairah. Hadis Hasan, rijalnya thiqat kecuali Awf ibn Abu Jamikah yang dituduh shiah)

Terjemahan: Sesiapa yang mendatangi bomoh nujum atau tukang tilik,, lalu membenarkan tilikannya, maka sesungguhnya dia kufur kepada al-Quran yang diturun kepada Nabi Muhammad saw..

Demikianlah Islam tidak pernah mengajar kita supaya merujuk kepada tukang tilik dan tukang nujum yang memangnya suka berbohong.

Penulis: Dr Abdul Hayei Abdul Sukor
Sumber : http://www.drhayei.com/

Himpunan doa oleh Syaikh Ismail

Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Haji Othman bin Mustapha dalam upacara ringkas mengisi slot Perhimpunan Bulanan JAKIM bagi bulan Oktober yang turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Imam Besar Masjid Negara sendiri, pegawai-pegawai kanan JAKIM, kakitangan dan petugas JAKIM dan Masjid Negara.

Buku ini merupakan himpunan koleksi doa-doa bernilai tinggi yang pernah dibaca oleh beliau dalam pelbagai Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan sama ada di Peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Sebanyak 30 doa pilihan dimuatkan dalam buku ini antaranya termasuklah:

Doa Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Dipertuan Agong

Doa Keputeraan Yang Dipertuan Agong

Doa Selamat Persidangan Majlis Raja-RajaDoa Hari Pahlawan

Doa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Doa Sambutan Maulid al-Rasul Peringkat Kebangsaan

Doa Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Doa Majlis Pembukaan dan Penutupan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Doa Majlis Santapan DiRajaDoa Majlis Anugerah Media Islam Negara

Juga disertakan Doa Qunut Nazilah, Bacaan Talqin, Doa Selamat Majlis Perkahwinan dan salinan asal tulisan tangan YBhg. Tan Sri Dato’ Imam Besar Masjid Negara.

Buku setebal 116 muka surat ini ditulis dalam tulisan jawi sepenuhnya. Teks doa ini merupakan hasil karya peribadi sepanjang beliau bertugas di JAKIM sehinggalah ke hari ini. Teks doa ini disusun dengan adab-adab dan gaya bahasa yang mudah, kosa kata yang tersusun di samping penggunaan puji-pujian yang bertepatan dengan maksud doa. Justeru buku ini amat sesuai dijadikan rujukan dan garis panduan kepada mereka yang terlibat dalam memimpin bacaan doa sama ada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan, swasta dan persendirian.

Orang ramai boleh mendapatkan naskah buku Koleksi Doa ini bermula pada hari Isnin, 17 Oktober 2011 dengan harga RM15.00 senaskah. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan buku ini, orang ramai boleh datang terus ke:

Unit Multimedia dan Penerbitan,
Masjid Negara, Jalan Perdana,
50480, Kuala Lumpur

Sunday, October 9, 2011

Putus silaturahim laluan ke neraka

Begitu juga, antara ayat al-Quran yang melarang daripada memutuskan hubungan silaturahim adalah ayat 25 surah ar-Rad yang bermaksud: Orang yang merosakkan janji Allah selepas diikrarkan dengan teguh, dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mengadakan kerosakan di bumi. Orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk. Dalam surah Muhammad ayat 22 dan 23 yang bermaksud: Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka. Firman-Nya lagi dalam surah an-Nisa ayat 1 iaitu: Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturahim.

Berselisih yang membawa dua orang Muslim untuk tidak saling menyapa hanya dibenarkan selama tempoh tidak lebih tiga hari. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud: Tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak mahu bercakap dengannya kerana benci) lebih tiga hari.

Dalam tempoh itu sudah cukup untuk meluruskan benang yang kusut, mencairkan yang beku dan menjalinkan kembali hubungan silaturahim. Orang yang memutuskan silaturahim boleh menjadikan ia menerima hukuman segera ketika berada di dunia lagi seperti dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Tarmizi daripada Abu Bakar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak ada dosa yang layak disegerakan hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.

Elok anda berbuat baik kepada adik anda dan isterinya sekalipun mereka bersikap tidak baik dengan anda. Contohnya ketika mereka sakit, ziarahlah mereka, atau selalu memberi hadiah kepada mereka dan seumpamanya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau bercerita: Ada seorang mengadu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara di mana saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka tidak tahu diri. Baginda SAW bersabda: Seandainya kamu benar-benar seperti yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian. Wallahualam.

www.bharian.com.my

Cemerlang dengan berpaksikan agama

Justeru, tidak hairanlah bagi mana-mana kelompok atau individu yang tersasar dari landasan agama, maka hidup mereka penuh dengan segala macam kecelaruan.

Ini dibuktikan dalam banyak peristiwa dan sejarah silam kewujudan manusia. Kaum 'Ad dan Thamud misalnya, hancur kerana tersasarnya mereka daripada landasan agama yang sebenar.

Hidup tanpa pedoman agama, mencetuskan sikap tidak mengambil berat tentang akhlak. Inilah menjadi punca kepada setiap krisis yang dihadapi oleh manusia.

Lihat sahaja aspek kekeluargaan, jika panduan agama tidak diaplikasikan maka akan lahirlah keluarga yang pincang.

Begitu juga dalam dunia perniagaan jika agama tidak dipegang maka berlakulah elemen monopoli, rasuah, penipuan dan penganiayaan.

Bagaimana peranan agama dalam menangani perbezaan pandangan? Jika panduan agama tidak diikuti akan lahirlah nanti sebuah kelompok yang asyik cuba memenangkan kelompoknya sahaja walaupun ia sedar mereka berada di pihak yang salah.

Pertimbangan dosa dan pahala tidak lagi menjadi keutamaan. Persoalan syurga dan neraka sudah seperti tidak relevan.

Seharusnya disedari bahawa agama bukan hanya memelihara hubungan baik antara manusia dengan Tuhan, malah ia mengatur hubungan sesama manusia.

Islam mengajar kepada kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ia mengajar manusia agar mempunyai hati yang bersih, menjauhkan diri daripada kemungkaran dan kejahatan.

Ajaran agama seperti menghayati konsep syukur, berhemah, bertakwa dan berusaha membaiki kelemahan diri bagi mencapai keredaan Allah SWT jika dihayati dan diaplikasi dalam hidup maka akan lahirlah kesempurnaan dan kecemerlangan yang dicari.

Oleh sebab itu, sebagai muslim mereka dituntut agar memahami makna akidah, ibadah dan akhlak supaya wujud keseimbangan dalam hidup. Muslim sebenar mengerti matlamat penciptaan dan kejadian mereka.

Mereka memahami erti duniawi dan erti ukhrawi. Mereka sedar betapa kehebatan manusia tidak dapat difahami dalam erti kata sebenar tanpa merujuk kepada agama.

Seorang sarjana tersohor iaitu Seyyed Hossein Nasr, menyatakan bahawa perkataan agama atau religion berasal dari perkataan religio yang bermaksud mengikat, iaitu mengikat manusia kepada kebenaran.

Justeru, kebenaran yang hakiki hanya akan difahami jika panduan Islam dituruti. Oleh itu maksud beragama bagi seorang muslim, boleh dirujuk kepada individu atau kumpulan yang berpegang dengan kebenaran Islam serta ia dijadikan peraturan dalam setiap kelakuan mereka.

Muslim yang sedar dan faham akan mengerti bahawa Islam adalah agama samawi, ia meningkatkan kualiti kehidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (at-Taubah: 33)

Secara fitrah, setiap insan sememangnya cenderung kepada agama. Mereka menyahut seruan batin secara semula jadi, mengakui bahawa ada Tuhan Yang Maha Agung.

Oleh itu, Islam memperteguh kekuatan roh manusia dan membentuk mereka menjadi yang baik dan jauh dari kejahatan.

www.utusan.com.my

Saturday, September 24, 2011

Darjah dan kedudukan ahli syurga berdasarkan amalan

Disebutkan dalam sebuah hadis sahih dari Anas bin Malik bahawa Ummu Haritsah datang menghadap Rasulullah SAW sedangkan Haritsah termasuk mujahid yang gugur dalam Perang Badar kerana terkena anak panah.

Lalu Ummu Haritsah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah berbuat untuk Haritsah dari hati saya. Jika sekarang ia di syurga, saya tidak akan menangis untuknya. Namun, jika ternyata tidak, engkau akan melihat apa yang akan saya lakukan.

Rasulullah menjawab: Apakah syurga hanya satu? Syurga itu banyak sekali, sedangkan syurga tertinggi adalah syurga Firdaus.

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ahli syurga itu memiliki peringkat, berdasarkan posisi mereka saat berada di syurga.
Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga itu saling melihat antara bilik dari atasnya, seperti mana saling memandangnya bintang yang beredar dan yang tetap di ufuk timur atau barat kerana di antara mereka saling memiliki kelebihan.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah di sana ada posisi yang khusus bagi para nabi, yang orang lain tidak akan boleh sampai ke sana? Rasulullah menjawab: Tidak demikian, demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya. Nabi akan berada satu posisi bersama orang yang beriman kepada Allah dan yang membenarkan rasul itu. (Sahih Bukhari)

Dalam kitab Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah, serta Sahih Ibnu Hibban, disebutkan hadis dari Abu Said, Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat tertinggi dapat melihat orang yang berada pada tingkat di bawahnya, seperti mana melihatnya bintang yang tertinggi di langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk golongan yang menikmatinya. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kesabaran adalah usaha mengerahkan seluruh kemampuan jiwa dan tetap konsisten berdiri tegak di depan Allah dengan hati penuh pengabdian. Ini adalah ciri orang yang dekat dengan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: Dan bukanlah harta atau anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami, melainkan orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, mereka itulah yang memperbaiki balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat yang tinggi (dalam syurga).

Sesungguhnya ramai orang yang memiliki darjat tinggi di syurga Allah antaranya syuhada, pengasuh anak yatim, orang yang mengurus janda dan orang miskin, orang yang hafaz al-Quran dan mengamalkannya.

Petikan daripada buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya

Saturday, September 17, 2011

Puasa enam dibuat berterusan lebih afdal

Allah SWT tidak pernah berasa segan untuk memakbulkan doa yang dimohon dan gembira apabila diminta dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun Ramadan sudah berlalu, kita masih lagi mempunyai talian hayat untuk menambahkan amalan Syawal, iaitu berpuasa enam hari selagi Syawal masih ada. Ia adalah puasa sunat selama enam hari bermula dua Syawal hinggalah penghujungnya.

Puasa Syawal adalah lebih afdal (lebih baik) dilakukan secara berturut-turut daripada dilakukan secara berselang seli. Berpuasa secara berturut-turut adalah digalakkan kerana ia lebih hampir kepada fokus yang tinggi kepada pengabdian berterusan.
Fadilat atau kelebihan puasa sunat Syawal disebutkan dalam hadis Abi Ayyub dari Abu Hurairah bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian disusuli berpuasa enam hari Syawal seolah-olah ia mendapat ganjaran berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Ini disokong oleh As-Sya’bi dalam kitabnya Al-Manawi yang menunjukkan bahawa ganjaran puasa sunat Syawal sangat besar di sisi Allah SWT.

Ada riwayat menyebut, Allah SWT menciptakan langit dan bumi selama enam hari, iaitu pada Syawal. Sesiapa berpuasa pada bulan ini akan dianugerahkan kebajikan pahala seperti bilangan makhluk di dalamnya, diampunkan dosanya serta diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. (Durratul Waizin 71)

Sufyan Atthauri pernah berdoa supaya diberi kekuatan untuk melakukan puasa Ramadan dan enam hari Syawal kerana kelebihan yang ada pada kedua-duanya.

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian disusuli dengan puasa Syawal seolah-olah ia baru saja dilahirkan dalam keadaan suci bersih dari dosa kesalahan.” (Targhib Wattarhib Fi Fadail A’mal)

Nabi SAW juga pernah mengumpamakan orang yang berpuasa selepas Ramadan seperti orang yang lari dari satu peperangan dan kembali untuk bertarung semula. Menunjukkan bahawa ia sanggup kembali ke medan perjuangan bagi meraih pahala berlipat ganda.

Antara tujuan atau hikmah puasa sunat Syawal adalah untuk mengekang nafsu balas dendam terhadap Ramadan lalu yang terkadang umat Islam terleka kerana keghairahan menyambut hari raya.

Fadilat lain, ditambahkan rahmat dan kempunan ketika hampirnya masa roh seseorang akan berpisah dengan jasad (sakratul maut), dipermudahkan ketika berurusan dengan dua malaikat di alam barzakh dan ganjaran pahala setahun serta tiket pelancongan ke syurga di bawah pembiayaan Allah SWT. (Durratu Nasihin-Ibnu Ahmad As Syakir)

Persoalan berkaitan menyatukan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan ulama muasarah (kontemporari) di mana keputusan mendapati mengasingkan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada adalah lebih baik serta digalakkan kerana puasa qada mempunyai ruang masa yang banyak untuk dilaksanakan berbanding puasa Syawal.

Apa yang membimbangkan adalah sifat berlengah sesetengah kita untuk berpuasa Syawal sehingga luput waktu dan terlepas peluang keemasan ini. Semoga kemenangan Ramadan akan disambut lagi selepas kemenangan Syawal yang masih banyak berbaki, jangan tunggu lagi.

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP)

Thursday, September 1, 2011

Muhasabah di bulan Syawal

Demikian juga hari-hari yang berlalu dalam hidup kita. Setiap masa yang dilalui sepatutnya digunakan semaksima mungkin kerana ia pastinya tidak berulang lagi.

Umur yang dimiliki oleh kita mempunyai tarikh luputnya yang tersendiri. Bahkan Allah SWT akan membangkitkan persoalan umur dan bagaimana kita memanfaatkannya di akhirat kelak.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap hamba di hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara, tentang umur, ke manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? Di masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu? (riwayat Tirmidzi).”

Pepatah Melayu ada menyebut, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pepatah ini cukup bermakna kerana ia menganjurkan kita supaya sentiasa membuat muhasabah terhadap kehidupan yang ditempuhi.

Sekiranya ia bercanggah dengan penilaian syariah, maka lebih baik berpatah balik ke pangkal jalan. Walaupun kadang-kadang ia memerlukan pengorbanan, namun ia cukup berharga serta bernilai di sisi Allah SWT. Jangan sampai sudah terlambat, barulah hendak menyesali segalanya.

Terlalu banyak ayat yang tercatit dalam al-Quran menceritakan penyesalan orang-orang yang melakukan maksiat kepada Allah dan minta diberikan sedikit ruang masa untuk kembali ke dunia untuk melakukan amal kebajikan.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud:

l Sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang telah yakin dan beriman. (as-Sajadah: 12)

l Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku tergolong dalam orang-orang yang soleh. (al-Munafiqun: 10)

Demikianlah digambarkan sesalan golongan yang berbuat dosa di akhirat kelak. Amat dahsyat penyesalan itu sehingga merayu dan meratap kepada Allah SWT supaya diberikan sedikit masa untuk kembali ke dunia.

Marilah sama-sama kita bersyukur di atas nikmat masa yang diberikan Allah. Gunakanlah ia sebaik mungkin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Bulan Ramadan telah berlalu.

Namun, apakah amalan puasa yang kita jalani pada bulan tersebut di terima Allah? Atau puasa kita hanya menjadi sia-sia sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW?

Daripada Abu Hurairah Sabda Rasulullah SAW: “Berapa ramai daripada orang berpuasa yang tiada mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga, dan berapa ramai yang berjaga malam tiada mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali letih kerana berjaga (riwayat Ahmad).”

Diharapkan semangat mengerjakan ibadah pada bulan tersebut dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain juga. Dan sepatutnya kita tidak lupa membuat kesinambungan puasa Ramadan yang lalu dengan mengerjakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

Abu Ajjud berkata Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikutinya dengan enam hari Syawal, maka bagaikan berpuasa sepanjang masa. (riwayat Muslim).”

Justeru, marilah kita membersihkan diri dari dosa dan noda. Janganlah pada bulan Syawal yang mulia dicemari dengan maksiat kepada Allah SWT yang akan merosakkan benih-benih taqwa yang telah dituai selama sebulan.

Takwa kepada Allah SWT perlu dituai dengan penuh keimanan serta rasa syukur di atas peluang menjalani ibadah puasa selama sebulan. Mudah-mudahan Ramadan tahun hadapan akan kita temui lagi, insya-Allah.

www.utusan.com.my

Tuesday, August 23, 2011

Cabaran baru Majlis Raja-Raja

Orang Melayu di negara ini telah berkurun beragama Islam tanpa diganggu gugat oleh agama lain kecuali ajaran-ajaran sesat. Apa yang berlaku sekarang adalah suatu percubaan untuk menceroboh hak kebebasan beragama orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Bukanlah semua mazhab Kristian yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya ke atas orang Islam. Malah ada beberapa orang paderi Kristian sendiri yang melihat pendekatan untuk memurtadkan orang Islam itu sebagai bahaya kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Kerajaan Singapura juga pernah mengambil tindakan terhadap suatu gerakan Kristian yang agresif dan tidak disenangi oleh masyarakat Singapura bukan Islam dan sejak itu mereka telah pun menyepi.

Bagaimanapun apa yang berlaku sewajarnya menyedarkan semua pihak yang bertanggungjawab terhadap kesucian Islam dan pengembangan agama Islam di negara ini untuk menyiasat dan mempelajari taktik dan strategi bervisi dakwah Kristian terhadap bukan kristian dan melihat kelemahan diri dalam pendekatan dakwah kita yang lebih bersifat terus terang, secara langsung atau tidak secara penyamaran.

Yang lebih banyak tertonjol adalah cara kita menekankan kepada pengajaran Islam yang menyusahkan terutama dari segi berpakaian dan pergaulan berbanding pendekatan mereka yang mengambil kira keperluan semasa, menceriakan kehidupan dan praktikal yang lebih mudah untuk menarik kanak-kanak dan golongan remaja.

Khabarnya, gerakan mazhab Kristian tertentu di negara ini sekarang mempunyai tabung yang sangat besar dengan bantuan beberapa orang profesional yang berjaya, jutawan-jutawan terkemuka dan sebuah media Inggeris yang popular. Tetapi ini bukanlah merupakan suatu masalah kepada kita yang telah pun mempunyai simpanan wang zakat beratus juta ringgit untuk disalurkan bagi merangka dan membina usaha pengembangan agama Islam secara profesional.

Masalah yang kita hadapi bukan wang tetapi pengetahuan untuk menggunakan wang bagi menyampai dakwah secara berkesan selari dengan pemodenan dan peningkatan pengetahuan.

Bagi tujuan ini, perubahan besar mesti dilakukan terlebih dahulu terhadap seluruh pentadbiran agama Islam di negara ini untuk memberikan imej dinamik dan progresif supaya dihormati oleh orang Islam sendiri dan juga bukan Islam.

Masalah yang dihadapi adalah kelemahan Jabatan-jabatan Agama Islam atau Majlis-majlis Agama Islam negeri di seluruh negara yang pentadbirannya tidak mencapai taraf profesional. Pentadbiran kebanyakan jabatan ini boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap Islam sebagai agama yang berdisiplin, amanah, bertimbang rasa dan prihatin dan lain-lain sifat terpuji.

Majlis Raja-Raja Melayu harus melihat dan mengkaji dengan serius tentang banyak aspek yang menyebabkan pejabat-pejabat agama ketinggalan dari segi kualiti pentadbiran sedangkan perubahan telah berlaku di kebanyakan jabatan kerajaan lain.

Kelesuan dalam pentadbiran agama di negara ini jika dibiarkan akan melibatkan imej agama Islam dan Islam dilihat sebagai agama yang ketinggalan. Imej ini akan menggugat akidah umat Islam sendiri terutama generasi muda yang pantas membuat perbandingan dengan pihak lain yang dapat menunjukkan kecekapan dan daya profesionalisme.

Inilah yang berlaku dalam usaha pengembangan agama Kristian di negara ini sekarang di mana kita dapat melihat pendekatan dakwah agama Kristian secara dinamik dan progresif berbanding dengan pendekatan dakwah Islam secara jumud, tidak kreatif dan tidak prihatin terhadap kehendak semasa sesuatu kelompok atau sasaran.

Keadaan ini perlu diatasi segera oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana persekitaran yang berbeza telah memberikan cabaran baru kepada umat Islam yang sekiranya tidak disaingi dengan kepakaran dan kebijaksanaan pastinya akan mempengaruhi orang Islam.

Akidah tidak boleh dikawal atau dipaksakan dengan undang-undang tetapi dengan pendekatan yang menunjukkan nilai-nilai Islam yang berfaedah yang akan menanamkan akidah dan keimanan ke dalam jiwa dan pemikiran manusia.

Oleh kerana isu ini adalah suatu perkara yang memerlukan kajian mendalam dan meluas maka sebuah badan haruslah dibentuk yang diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja sendiri untuk secara jujur mengenali kelemahan yang wujud dalam pentadbiran agama di seluruh negara dengan matlamat untuk meyakinkan orang Islam terhadap keupayaan Islam dan bagi mengatur penggunaan wang zakat ke arah pembangunan dakwah.

Kita seharusnya dapat melihat perancangan bervisi dan strategi pengembangan agama Kristian yang dijalankan secara samaran, tidak menonjolkan pendekatan keagamaan tetapi berselindung di sebalik kerja sosial, bantuan perubatan, kerja kebajikan, kelas tuisyen percuma, pendidikan muzik dan sebagainya.

Sesungguhnya dengan wang zakat yang beratus juta ringgit tersimpan beku, tidak ada masalah untuk membiayai sebuah pusat “ Pengembangan Agama” untuk melatih dan melahirkan pendakwah-pendakwah yang berwibawa, bersifat universal, bervisi, berdiplomasi, berhemah dan berstrategi yang berupaya untuk menanam dinamisme Islam kepada jiwa orang Islam dan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ini yang harus difikirkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dengan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap beberapa orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama dan terhadap anak-anak Islam di Jalan Kucai Lama yang bertabirkan pertemuan komuniti, berbuka puasa, kelas tuisyen, kelas muzik, perkelahan dan lawatan sambil belajar. — Utusan Malaysia

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Friday, August 19, 2011

Keutamaan Lailatul-Qadr

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar RA katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.
Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

Diriwayatkan dari Aisyah RA oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi SAW: “Katakanlah:

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Tulisan di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq dari bab puasa. Semoga kita semua dapat memanfaatkan perkongsian ini, insyaALLAH.

Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…

www.muzir.wordpress.com

Tuesday, August 16, 2011

Banyakkan sedekah di bulan Ramadan

Uthman Affan datang membawa 1,000 dinar untuk persiapan Perang Tabuk yang juga dikenali sebagai Jaisyu 'Usrah.

Nilai 1000 dinar pada ketika ini adalah lebih setengah juta ringgit. Uthman kemudiannya meletakkan semua wang itu di pangkuan Nabi.

Kemudian Nabi berkata: "Tidak ada apa-apa yang akan membahayakan Uthman walau apa pun yang dilakukannya selepas hari ini (riwayat Tirmidzi & al-Hakim)."

Kisah sifat dermawan Uthman itu memang diketahui umum dan dihargai oleh para sahabat yang lain. Seorang tabi'in, Muhammad bin Hathib pernah bertanya kepada Ali bin Abi Talib tentang Uthman.

Kata Ali: "Beliau termasuk orang yang beriman kemudian bertakwa kemudian beriman kemudian bertakwa (Fadailus Sahabat, Imam Ahmad)."

Tidak pernah

mengatakan 'tidak'

Apabila orang datang meminta, Nabi tidak pernah berkata tidak jelas sahabat muda yang sering mendampingi Nabi iaitu Jabir bin Abdullah (riwayat Muslim).

Dalam satu peristiwa, selepas memenangi Perang Hunain, baginda memberi hadiah 100 ekor kambing kepada seorang lelaki bernama Safwan bin Umayyah.

Ketika itu Safwan belum memeluk Islam. Kemudian Nabi menambah 100 ekor lagi dan 100 ekor kambing lagi. Tindakan Nabi itu berjaya menambat hati Safwan untuk memeluk Islam.

Seperti mana yang disebutkan oleh seorang tabi'in bernama Said bin Musayyab" "Sofwan membuat pengakuan demi Allah, Nabi telah memberi aku dengan banyak sekali. Dahulu beliau adalah orang yang paling aku benci, namun beliau selalu memberi kepadaku sehingga sekarang beliau adalah orang yang paling aku sayangi (riwayat Muslim)."

utusan.com.my

Thursday, August 11, 2011

Amalan sunat vs fardu

Namun, dalam ghairah umat Islam mengerjakan amalan sunat, ada juga yang memandang sepi amalan-amalan wajib. Kadang-kala dek kerana ghairah bersedekah di masjid atau di surau, ada juga yang terlepas pandang kepada sedekah yang wajib kepada isteri, anak-anak dan kedua orang tua.

Dalam Islam amalan wajib harus lebih didahulukan daripada amalan sunnah. Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, "Wajib mendekatkan diri pada Allah dengan melakukan hal-hal wajib sebelum yang sunnah. Mendekatkan diri pada Allah dengan perkara yang sunnah bisalah dianggap sebagai ibadah jika yang wajib dilakukan." (Majmu'ul Fatawa 17/133)

Mengabaikan solat fardu dan mengutamakan solat terawih

Prof Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili dalam sebuah khutbah di Masjid Dzun Nurrain membawakan penjelasan yang tuntas.

Masalah lain yang perlu diperhatikan, iaitu amalan fardu. Amalan yang paling wajib dilaksanakan pada bulan Ramadan ialah: mendirikan solat lima waktu dengan berjemaah di masjid (bagi laki-laki), dan berusaha sekuat tenaga tidak tertinggal takbiratul ihram.

Telah dihuraikan dalam suatu hadis yang sahih, barang siapa yang melaksanakan solat 40 hari bersama imam dan sempat mendapat takbiratul ihram, ditulis baginya dua jaminan surat kebebasan, (iaitu) bebas daripada api neraka dan munafik.

Seandainya kita, ternyata termasuk orang-orang mufarrith, iaitu amalannya tidak banyak pada bulan puasa, maka setidaknya kita memelihara solat lima waktu dengan baik, dikerjakan secara berjemaah di masjid, serta berusaha sesegera mungkin berangkat ke masjid sebelum tiba waktunya. Sesungguhnya, menjaga amalan fardu pada bulan Ramadan merupakan ibadah dan taqarrub yang paling agung kepada Allah.

Tambah beliau lagi, sungguh sangat mengharukan, tatkala kita mendapati orang yang bersemangat melaksanakan solat tarawih, bahkan hampir-hampir tidak pernah tinggal, namun pada saat yang sama, ternyata dia tidak menjaga solat lima waktu dengan berjemaah. Terkadang lebih memilih tidur, sehingga melewatkan solat wajib, dengan dalih persiapan untuk solat terawih?! Demikian ini merupakan kebodohan dan pelecehan terhadap kewajipan!

Menurut Dr. Ibrahim, mendirikan solat lima waktu bersama imam lebih baik daripada mengerjakan solat terawih.

Bukan bererti kita memandang remeh terhadap solat terawih. Tetapi, seorang Muslim itu seharusnya menggabungkan kedua-duanya. Iaitu memberikan perhatian khusus terhadap hal-hal yang fardu (solat lima waktu) terlebih dahlu, baru kemudian melangkah menuju amalan sunat seperti solat terawih.

Mengejar jumlah ayat

Satu contoh lain yang ketara tergesa-gesa dalam beramal ialah ketika membaca al-Quran. Umat Islam berlumba-lumba membaca al-Quran dengan banyak pada bulan Ramadan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika membaca al-Quran, ini kerana tuntutan membaca al-Quran bukan sekadar membaca sahaja, sebaliknya dibaca dengan tartil. Seperti kata Allah dalam al-Quran yang bermaksud: dan bacalah al-Quran itu dengan tartil. (Muzammil: 4).

Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan, seorang ulama besar semasa ketika ditanya tentang maksud tartil menjawab, "Membaca al-Quran dengan tartil tidak cepat dan tidak pula terlalu memanjangkan madnya, seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang berlagak menjadi ulama dan yang mengaku pandai tajwid, ini bukan tajwid, ini bukan tajwid! Ini seperti menyanyi."

Pendapat ini senada dengan apa yang disebutkan oleh Imam Nawawi rahimahullah, "Ulama sepakat makruh membaca al-Quran dengan cepat dan berlebih-lebihan. Mereka mengatakan membaca satu juz al-Quran dengan tartil lebih utama daripada membaca dua juz al-Quran dengan waktu yang sama tanpa tartil."

Ini merupakan beberapa contoh kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh orang yang ghairah beramal. Namun sayangnya amal tanpa ilmu dan tanpa mengikut petunjuk Nabi akan menjadi sia-sia dan tidak mendapat pahala daripada Allah SWT.

Semoga Allah selalu memberi petunjuk, bimbingan, taufik dan hidayah kepada orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu dan beramal kerana Allah SWT.

www.utusan.com.my

Monday, August 8, 2011

Perkasa Gesa Polis Siasat Dakwaan JAIS

"Jumlah yang kita ketahui mungkin sedikit tapi saya yakin ramai sebenarnya yang menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepasmembuat laporan polis di sini petang Isnin.

Ketika ditanya sama ada laporan polis itu dibuat sebagai menyokongtindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali,Irwan berkata; badan bukan kerjaan (NGO) itu tetap akan mempertahankantiindakan sesiapa saja terutamanya apabila melibatkan perjuanganberkaitan isu agama.

"Kita bukan parti politik tetapi NGO. Jika kenyataan Hasan Aliterbukti benar, kita akan mempertahankan tindakannya walaupun beliaupemimpin PAS," katanya.

Sementara itu, Irwan Fahmi turut menggesa polis menyiasat laporanakhbar Harian Metro yang mendedahkan secara terbuka salah seorang umatIslam menerima bible dalam Bahasa Malaysia.

Jelas beliau, walaupun Artikel 11 (1) memberi kebebasan kepada sesiapasaja untuk menganut dan mengamal fahaman agama masing-masing, wujudsekatan dalam urusan penyebaran agama.

"Di Selangor misalnya,undang-undang yang dikenali sebagai EnakmenAgama Bukan Islam (Kawalan pengembangan di kalangan orang bukan Islam)1998 menyatakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya memujuk,mempengaruhi atau menghasut orang Islam untuk cenderung kepada agamabukan Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu sesiapa yang menjadi pengikut ataumembelakangi Islam boleh disiasat mengikut Seksyen 10 EnakmenJenayah Syariah 1995.

"Kami ingin perkara ini disiasat dengan segera sebelum terlambat danmencetuskan suasana tegang di negara ini," katanya.

Irwan Fahmi berkata, Perkasa akan menyerahkan memorandum kepada YangDipertuan Agong dalam tempoh terdekat supaya siasatan mengenai usahamemurtadkan umat Islam dengan menawarkan bantuan untuk meringankanbeban hidup dijalankan.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis daerah Dang Wangi di sinii pada pukul 2.30 petang.

Pada Rabu, JAIS melakukan serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utamadi Petaling Jaya selepas memperoleh bukti wujudnya percubaanmemurtadkan umay Islam di negeri ini pada majlis makan malam di gerejaberkenaan.

Susulan serbuan itu, Hasan Ali menegaskan pemeriksaan dilakukan keranamenerima maklumat terdapat kehadiran umat Islam pada majlis tersebut.

Beliau berkata pada majlis itu pihaknya dimaklumkan mengenai perkataan'Quran' dan 'pray' diselitkan pada ucapan di majlis berkenaan.

sumber: mstar.com.my

Saturday, August 6, 2011

Kongsi ilmu sedekah terbaik

Ini antara alasan sering disebut-sebut. Sedangkan apabila kita membaca kisah sahabat dan tabiin yang sanggup mengembara jauh dari Madinah ke Damsyik, semata-mata mencari ilmu, kita patut rasa malu pada diri sendiri dan kagum dengan mereka.

Mereka bermusafir hanya untuk mempelajari satu hadis daripada sahabat yang mendengar sendiri daripada Baginda Rasulullah SAW. Mereka memiliki semangat dan kecintaan tinggi terhadap ilmu.
Antara kisah masyhur ialah Said al-Musayyab, Abu Darda’ dikenali sebagai hakim al-ummah (kebijaksanaan umat) dan Abdullah Abbas, dikenali dengan hibr al-ummah (yang terpelajar dalam kalangan umat Islam) dan bahr al-ulum (lautan ilmu pengetahuan).

Hebatnya semangat mereka menjunjung ilmu walaupun terpaksa menempuh kepayahan sehingga melahirkan tamadun Islam yang gemilang. Semangat mereka itu patut kita jadikan iktibar selepas Allah dan Rasul-Nya membentangkan segala kelebihan ilmu kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa Allah inginkan kebaikan kepadanya, maka Dia akan memberikan kepadanya pemahaman mendalam dalam urusan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini membuktikan kebaikan tidak akan terhasil tanpa pemahaman ilmu membawa kepada kebaikan iaitu ilmu agama itu sendiri. Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk.

Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan.

Kepentingan ilmu termaktub dalam wahyu Allah, surah al-Alaq. Ibn Kathir dalam tafsirnya menerangkan ayat itu menunjukkan rahmat dan nikmat pertama Allah kepada hamba-Nya iaitu memerintahkan mereka mempelajari ilmu pengetahuan serta mengajarkan apa yang tidak diketahui.

Hal ini terlebih dulu dilakukan dengan mengurniakan serta memuliakan kita dengan akal. Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah mengatakan, umat Islam mendapat kedudukan mulia dan tinggi dalam dunia apabila mereka mempunyai ilmu pengetahuan.

Oleh itu, antara usaha Rasulullah SAW ialah meminta tawanan musyrikin dalam Perang Badar mengajar umat Islam membaca sebagai syarat tebusan.

Selaras tumpuan pembangunan masyarakat berteraskan pengetahuan yang diistilahkan sebagai K-Society, dalam alam pekerjaan ia perlu terus diberikan penekanan tinggi. Penguasaan ilmu secara langsung melalui kelayakan akademik semata-mata belum mencukupi menjamin kecemerlangan.

Sebaliknya, mereka yang kurang baik pencapaian akademik juga boleh mencapai kecemerlangan dalam kerjaya jika terus meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran berterusan sebagai usaha pembangunan kendiri.

Begitu juga bagi yang berada pada tahap tinggi dalam perjawatan, perkongsian bijak perlu digalakkan dalam organisasi supaya pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia menjadi sedekah paling baik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pembudayaan ilmu adalah warisan Rasulullah SAW yang tidak ternilai. Justeru, pelihara warisan ini serta marilah kita menyemarakkan budaya penerokaan ilmu dalam persekitaran kerja untuk manfaat diri dan organisasi.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Monday, July 18, 2011

TANDA KEMATIAN

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati

Friday, July 15, 2011

Asal perkataan Allah dan maksudnya

Allah adalah ism alam yang menunjukkan atas zat di mana semua nama Allah yang mulia terhimpun pada Allah. Allah ialah nama-Nya Yang Maha Agung.

Al-Khazin dalam tafsirnya berkata: "Allah adalah nama khas bagi Allah yang bersifat Tunggal dan Esa, tiada musytaq (terbitan) dan tidak disekutukan oleh sesuatu."

Dalam Tafsir Hadaiq al-Rauh al-Raihan menyebut: "Allah maknanya yang berhak diibadat, tidak kepada yang lain."

Konteks Bahasa Melayu

Prof. Syed Mohd Naquib al-Attas menyebut: "Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan faham-faham kunci yang asing pada sesuatu bahasa melibatkan bukan semata-mata menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga melibatkan penterjemahan rupa cipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham-faham itu diseludupkan."

Bahasa Melayu merujuk kepada bangsa Melayu. Rumpun bangsa Melayu adalah sinonim dengan agama Islam. Berdasarkan kepada bukti sejarah dan artifak jelas menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah menerima Islam sejak abad ke-7, 8 dan 9. Ini terbukti dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 22 Februari 1303M.

Pemerintahan Islam bermula di Tanah Melayu dengan tertegaknya Kesultanan Melayu Melaka pada 1414M yang menjadikan Islam sebagai agama negara.

Begitu juga seperti yang diketahui umum berdasarkan fakta sejarah bahawa perundangan di Tanah Melayu sebelum kolonial juga berasaskan Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang 99.

Pengaruh Islam di Tanah Melayu juga membawa masuk kalimah-kalimah Arab ke dalam bahasa Melayu. Istilah-istilah Arab digunakan dengan meluas dalam bahasa Melayu seperti nama-nama hari dan lain-lain. Tulisan jawi juga sebagai lambang pengaruh Islam yang kuat kepada umat Melayu.

Bahasa Melayu itu juga lahir daripada rahim agama Islam. Perlembagaan dalam perkara 160 (2) menetapkan orang Melayu mestilah beragama Islam. Oleh itu, kerana kalimah Allah adalah istilah yang telah diserap dalam Bahasa Melayu maka ia hendaklah difahami mengikut bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam.

Dengan sebab itu ia membuka ruang agama lain menggunakan kalimah 'Allah' akan mengubah maksud asal kalimah 'Allah' menurut bahasa Melayu.

Justeru, jika dibenarkan Kristian menggunakan kalimah 'Allah' maka makna asal 'Allah' dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (iaitu Tuhan Yang Maha Esa) terpaksa ditukar kepada Tuhan Yesus/ Tuhan Berhala/ Tuhan Bapa/ Tiga Tuhan Bersatu (Triniti). Tidakkah ini mencelarukan?

Perkataan ahad adalah sama dengan wahid yang memberi maksud ke-Esaan. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Abu Ubaidah, sedangkan sebahagian ulama membezakannya.

Abu Sulaiman al-Khattabi berkata: "Wahid menunjukkan ke-Esaan pada zat tanpa sebarang tandingan, sedangkan ahad pula bersifat tunggal dengan maknanya tanpa disekutukan oleh seseorang."

Sayid Qutub berkata: "Itulah hakikat ke-Esaan kewujudan Allah SWT. Di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah SWT. Tiada kewujudan hakiki melainkan kewujudan Allah SWT. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka dan kewujudan Allah SWT yang hakiki."

Ia juga merupakan hakikat ke-Esaan Pencipta yang tiada tandingannya. Itulah akidah hati nurani dan itulah juga pentafsiran bagi kewujudan alam. Apabila pentafsiran ini mantap dalam hati dan kefahaman ini jelas dan terang maka bersihlah hati dari segala kepercayaan yang karut dan dari segala pergantungan dengan yang lain dari zat Allah SWT.

Iaitu hati bersih daripada pergantungan dengan sesuatu yang lain. Justeru, tiada hakikat bagi sesuatu kewujudan kecuali kewujudan Ilahi dan tiada hakikat bagi sesuatu kuasa pencipta kecuali iradat ilahiah sahaja. Tiada ertinya bergantung dengan sesuatu yang tidak mempunyai sebarang hakikat bagi kewujudannya dan sebarang hakikat bagi kuasa pencipta-Nya.

Bagi siapa yang ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk buku Keabsahan Penggunaan Nama Allah SWT Hanya Untuk Orang Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Apabila hati telah bersih dari segala perasaan terhadap yang lain dari hakikat Allah yang tunggal dan bersih dari pergantungan kepada yang lain dan hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas dari segala belenggu dan ikatan, keinginan nafsu yang menjadi punca segala perkara buruk.

Apabila mantapnya kefahaman ini maka di tahap inilah hati seseorang akan melihat kudrat Allah SWT menguasai segala sesuatu yang dilihatnya.

www.utusan.com.my

Friday, July 1, 2011

Fadhilat Syaaban

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyengutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar.

www.adlizakaria.blogspot.com

Saturday, June 25, 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Sumber : www.ashtech.com.my

Friday, June 10, 2011

Seni Islam tradisional dan moden

Kompleks masjid itu merupakan antara bangunan yang penting di Abu Dhabi dan merupakan salah satu seni bina Islam moden paling cantik di dunia.

Rekaan seni bina masjid sebenar menggabungkan hampir kesemua ciri seni bina, rekaan dan bahan dari setiap benua.

Bahan binaannya didatangkan khas dari negara seperti Itali, Jerman, Morocco, India, Turki, Iran, China, United Kingdom, New Zealand dan Greece.

Bahan-bahan semulajadi yang digunakan berkualiti tinggi dan tahan lama seperti batu marmar, emas, batu separa berharga, kristal dan seramik.

Cetusan idea untuk membina kompleks masjid itu bermula pada tahun 1980-an. Tetapi ia mula dibina pada November 1996. Kerja-kerja pembinaan menggunakan lebih 3,000 tenaga buruh dan melibatkan kerjasama 38 syarikat pembinaan.

Kerja pembinaan merangkumi kawasan seluas 22,412 meter persegi yang menyamai saiz lima padang bola sepak.

Walaupun kompleks itu belum siap dibina sepenuhnya, dewan sembahyang masjid tersebut telah dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada hari raya tahun 2007 untuk jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kompleks itu boleh memuatkan 41,000 orang pada satu-satu masa.

Bangunan kompleks masjid dihiasi dengan gabungan hiasan gaya moden dan tradisional.

Ia mempunyai halaman tengah yang mempunyai laluan masuk bermotif bunga-bungaan yang direka oleh Kevin Dean.

Rekaannya memperlihatkan gabungan motif tradisional geometri dan simetri Islam. Lantai halaman utama dihiasi dengan motif bunga-bungaan yang boleh ditemui di sekitar wilayah Teluk. Hiasan-hiasan ini diperbuat daripada batu marmar dengan menggunakan teknik tatahan dan ukiran.

Masjid itu mempunyai lebih 1,000 tiang yang diperbuat daripada batu marmar putih dan ditatah dengan batu separa berharga seperti lapis lazuli, batu akik, batu ametis, kulit kerang dan cengkerang ibu mutiara. Sementara 96 tiang di dalam dewan sembahyang utama dihiasi dengan tatahan ibu mutiara.

Selain itu, dewan sembahyang utama turut dihiasi dengan lampu candelier terbesar di dunia. Dengan diameter 10 meter, tinggi 15 meter dan berat melebihi sembilan tan.

Bahagian lantai pula dilapisi dengan permaidani tenunan tangan yang terbesar di dunia yang direka khas oleh seorang artis dari Iran, Ali Khaliqi dan disiapkan oleh 1,200 penenun.

Bagi hiasan kaligrafi seperti naskh, thuluth dan kufi, ia dihasilkan oleh beberapa penulis kaligrafi terkenal seperti Mohammed Mandi dari UAE, Farouk Haddad (Syria) dan Mohammed Allam (Jordan).

Bagi tulisan kaligrafi tughra di atas jubin seramik, ia dihasilkan oleh Sheikh Hasan Celbi penulis kaligrafi Turki yang ternama.

Keindahan dan keunikan seni bina Islam kompleks masjid yang menggabungkan seni hiasan Islam tradisional dan moden ini bukan sahaja menarik minat umat Islam di seluruh dunia, malah ia turut menarik minat Ratu Elizabeth II yang melawat kompleks masjid ini sempena lawatan baginda ke Abu Dhabi pada November 2010.

www.utusan.com.my

Thursday, June 9, 2011

Nilai Islam asas bentuk masyarakat majmuk harmoni




BERAGAMA adalah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban mereka.


Evolusi sosial mengubah orientasi dan pegangan kepada agama, yang mengakibatkan pemisahan agama daripada pemerintahan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu. Namun, ia sama sekali tidak terus menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat hingga kini.

[Baca lagi]

Wednesday, June 1, 2011

Iqra: Umar tinggalkan contoh kepemimpinan saksama

Umar juga pemimpin yang membuktikan idea baru boleh melakar sejarah dengan syarat dilaksanakan sepenuh hati. Beliau juga memperkenalkan subsidi untuk kesejahteraan sosial serta memberitahu rakyat di bawah pemerintahannya mereka dan orang Arab sama.

Dia juga yang pertama menjadikan pengadilan sebagai badan bebas untuk menjamin keadilan hak setiap orang selain membuat peraturan tegas supaya dipatuhi pegawainya. Jika tidak, mereka bakal berdepan tindakan kerana setiap yang melanggar peraturan perlu mene-rima kesannya.

Sebagai pemimpin rakyat, kisah Umar yang membuat kawalan malam untuk melihat lebih dekat kehidupan rakyat sehingga kini menjadi kisah bualan. Malah, itulah contoh sentiasa diulang untuk membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau.

Pastinya semua tahu kisah Amirul Mukminin yang mengambil sendiri gandum dari stor simpanan, memasak dan menyuapkan ke mulut anak kecil yang menangis kelaparan. Itulah jiwa pemimpin yang tidak akan rasa senang jika rakyatnya berdepan dengan masalah.

Membaca buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror akan mencambah minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih dekat dan mendalami daya pemikiran beliau.
Buku setebal 503 halaman boleh menjadi rujukan semua yang mungkin sedang mencari idola untuk dicontohi.

Penulisan gaya novel memudahkan pembaca menyelami serta merasai sendiri pengalaman seolah mereka turut serta mengembara bersama pemimpin agung ini.

www.bharian.com.my

Masjid Istana Diraja jadi pusat perpaduan kerabat Diraja Selangor

Sultan Selangor turut mengalu-alukan waris dan kerabat Diraja Selangor serta warga kerja istana menggunakan kemudahan di Masjid Istana Diraja bagi mengadakan majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat, pengurusan jenazah dan majlis akad nikah.

"Beta difahamkan ada kerabat yang akan mendirikan rumahtangga dan ada juga yang ingin berkahwin lebih daripada satu. Bagaimanapun, beta ingatkan kepada mereka yang hendak kahwin lebih daripada satu perlulah mengikuti Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003," titah baginda, membuatkan hadirin tertawa.

Sultan Selangor bertitah fungsi Masjid Istana Diraja adalah sama dengan masjid lain dan boleh digunakan tetamu yang menghadiri majlis atau istiadat di Istana Alam Shah.
Namun, solat Jumaat tidak dilakukan di Masjid Istana Diraja berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan Masjid Diraja Sultan Suleiman, yang dibina lebih 100 tahun lalu, titah baginda.

Sultan Sharafuddin sekali lagi mengingatkan bahawa setiap majlis ilmu yang diadakan di masjid itu sama ada ceramah, syarahan, kursus atau seminar mestilah bebas daripada unsur politik.

Baginda menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau setiap aktiviti majlis ilmu agar para jemaah dapat meningkatkan pengetahuan khusus kepada perkara berfaedah dan bermanfaat.

"Masjid Istana Diraja ini menjadi sebahagian daripada Istana Alam Shah, justeru beta menitahkan supaya ia dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya sama seperti penjagaan ke atas istana," titah baginda.

Pembinaan Masjid Istana Diraja seluas 2,159.9 meter persegi di atas tapak Balai Musolla dan Balai Nobat, Istana Alam Shah, mengambil masa dua tahun bermula Januari 2009 dan siap dibina pada Mei lalu.

Selain mempunyai ruang untuk majlis akad nikah dan perkahwinan, masjid tiga tingkat yang mempunyai reka bentuk bercirikan masjid-masjid lama di Kaherah, Mesir, turut mengeluarkan Watikah Perakuan Nikah yang akan disahkan oleh Imam dilantik Sultan Selangor selaku jurunikah bertauliah.

Masjid Istana Diraja mempunyai satu menara setinggi kira-kira 36 meter dan empat buah pintu gerbang, dengan pintu gerbang utamanya menghadap Istana Alam Shah yang dihiasi dengan jubin-jubin seni tangan dari Turki, yang dipilih sendiri Sultan Selangor.

Masjid itu direka bentuk sebagai masjid terbuka dengan ruangan dalam bangunan kebanyakannya tidak berdinding bagi menambahkan pengudaraan sekaligus mengurangkan penggunaan alat pendingin hawa. - BERNAMA

Sunday, May 29, 2011

Raikan beza pandangan dalam Islam

Ini disebut khilaf, ditafsirkan sebagai "sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah (nas yang kurang jelas) tanpa memandang betul, salah atau ganjil pendapat yang dikemukakan”.

Dalam banyak hal agama, para ulama mempunyai pandangan atau tafsiran yang berbeza. Sungguhpun begitu, mereka adalah mujtahid, yang ada dalil sahih bagi mengukuh dan memperjelas pandangan mereka. Adab yang dipraktik ialah tidak menyalahkan, malah menghormati pandangan sesama mereka. Jika ijtihad itu betul, maka mendapat dua pahala, jika salah mendapat satu pahala.

Berhubung status kaki wanita, mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan ia bukan aurat tapi mazhab Hambali dan Syafie berpendirian sebaliknya. Jadi, mana yang benar dan perlu diikuti? Bolehlah rujuk kitab Fiq Ala Mazahib Arbah (Juz 1, hal 584). Dalam kitab Al-Mufassal tulisan Dr. Abd Karim Zaidan, bacalah bab “Adakah kaki wanita dikira aurat?” (Al-Mufassal fi Ahkam al Mar ah wa al-bait-al Muslim fi al- Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, hal 198).

Setiap Muslimin boleh mengikut pegangan mana-mana mazhab, tapi di Malaysia, kita berpegang kepada mazhad Syafie sejak dulu lagi. Namun kita tidak meletakkan pandangan Imam Syafie sebagai lebih muktamad, benar atau tepat berbanding imam lain. Sikap merasa lebih benar, mengetepikan ulama lain yang berbeza pendapat atau menuduh pihak lain bidaah bukan sifat Islamik.

Orang berilmu lebih mudah menerima pendapat berlainan. Sebaliknya, orang cetek ilmu mudah melemparkan tuduhan sekali gus menunjukkan sifat buruk mereka tentang agama. Mereka jahil memahami sumber hukum syarak yang telah disepakati oleh para fuqaha’ iaitu Al-Quran, hadis, ijmak’ dan qias. Apalagi jika mereka hanya berpandu kepada tok guru atau ustaz tertentu sahaja, yang adakalanya mentafsir sesuatu isu berdasarkan pandangan atau kaedah ilmu tersendiri. Sikap seperti ini dikritik dalam al-Qur’an seperti maksud firman Allah ayat 170 Surah al-Baqarah.

Maka apabila berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat, seseorang itu hendaklah memberi keutamaan kepada perkara yang sememangnya perlu diutamakan mengikut tempat, masa dan keadaan (fiqh al-awlawiyyat). Pesan Rasulullah saw: “Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan.” (Sahih al-Bukhari).

Maksudnya jika ada pendapat atau hukum yang lebih memudahkan umat Islam, hendaklah ia diberi tumpuan (fiqh al-taysir). Namun, sebahagian orang keberatan menyampaikan sesuatu yang memudahkan bimbang ia diperlekehkan masyarakat. Keberatan ini tidak sepatutnya timbul. Sikap berhati-hati memang baik, namun jangan sampai diletakkan pada tempat yang salah. Sikap sebegini bukan alasan untuk menyembunyikan sesuatu yang mudah kerana kemudahan itu sendiri merupakan roh atau tujuan syariat Islam.

Islam tidak melarang khilaf, malah para sahabat Rasulullah saw pernah berlainan pendapat dalam sesuatu fatwa tetapi mereka tidak berpuak-puak sehingga berpecah. Mereka saling menghormati walaupun tidak berkongsi fikiran.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita sentiasa mendapat rahmat Allah dalam kepelbagaian pendapat ini?

Hayatilah firman Allah SWT pada ayat 12 Surah al-Hujurat. Jelas, syariat Islam menggalakkan muzakarah dan berbincang dalam sesuatu perkara berlandaskan etika yang diterima: berhujah atas dasar akal sihat , hati ikhlas dan berbaik sangka, guna disiplin ilmu dan sumber hukum syariat, debat secara matang, elak menonjol diri atau mengaib pihak lain, apalagi menuduh tanpa bukti. Harus berfikiran terbuka dan tidak memaksa. Andainya tiada konsensus, tidaklah perlu bergaduh. Ia menggambarkan sifat dinamis golongan pandai agama merungkai pelbagai persoalan. Justeru, perbezaan pendapat antara ulama bukan sahaja perlu diterima malah diraikan.

Ingat, Allah SWT memerintahkan kita bersatu, bermuafakat dan melarang berpecah belah seperti maksud firman-Nya dalam ayat 59 Surah an-Nisa. Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan syariat Islam dalam diri, rumah tangga, masyarakat dan negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras menegakkan yang makruf yang diijmak ulama di samping berlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi perkara-perkara khilaf dalam semangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.

sumber : sinarharian.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez