Thursday, May 28, 2009

Renung Sejenak...

Istighfar adalah salah satu ciri khas orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT. Itulah sebabnya, maka banyak sekali hadis yang memberikan tuntunan cara beristighfar, sampai kepada lafal-lafal istighfar. Salah satunya ialah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Penghulu istighfar ialah kamu menyebut,

"Allaahumma anta Rabbii, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana 'abduka, wa ana 'alaa 'ahdika wa wa'dika mastatha'tu, a'uudzubika min syarri ma shana'tu, abuu-u laka bi ni'matika 'alayya, wa abuu-u bidzambii faghfir lii, fa innahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta"
Ertinya:

"Ya Allah! Engkau adalah tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau".

Beliau bersabda, "Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari itu sebelum petang, maka dia tergolong dalam penghuni syurga. Dan barangsiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia juga tergolong dalam penghuni syurga". (HR Bukhari:5831).

Inilah makna Islam sebagaimana terkandung secara makna dalam sayyidul istighfar:
Tidaklah seseorang meminta ampun kepada Allah dengan doa ini kecuali akan diampuni. Dengan ikrar dan pernyataan kita tersebut, kita sedar bahwa semua anggota badan kita adalah milik Allah. Untuk itu harus digunakan sesuai dengan kehendak pemiliknya. Kita harus menggunakan tangan kita sesuai dengan kehendak Allah. Kita harus menggunakan kaki kita untuk berjalan di jalan yang diredhai Allah. Mata, lisan dan telinga kita harus dipakai pada apa yang dibolehkan oleh Allah karena pada hakikatnya semua itu milik Allah.

Friday, May 22, 2009

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

Menjejaki Usia Rasulullah

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Petikan @http://fadhlibrahim.blogspot.com/2009/03/sejarah-ringkas-rasulullah-saw.html

MARI KITA BELA DAN BINA HIDUP ANAK YATIM

Kebajikan anak yatim

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni".

Malah menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: "Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga". Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Kedua-dua hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.

NIAT DALAM SOLAT - Janganlah was-was...

NIAT DI AWAL SOLAT

Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat juga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman.


-- al-Hadaf --

KITA UMAT MUHAMMAD S.A.W PUNYAI INI

Hikmah al ikhlas

AL-IKHLAS
Rasululah s.a.w pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an. "Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum menjawab, "Barang siapa yang baca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya".

Dari Saidina Ali r.a dari Rasulullah s.a.w: "Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Saidatina Aisyah menerangkan: " Dari Nabi Muhammad s.a.w: Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dan surah AN-Naas 7 kali, maka tuhan akan melindungainya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang
Riwayat dari Saidina Ali r.a: : Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca Al-Qur'an.

Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.


WIRID 100,000X
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Barang siapa membaca Qul huwa”llahu Ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.


Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


---Wallahualam, Allah jua yang Maha Mengetahu Rahsia Alquran---
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez