Friday, May 22, 2009

NIAT DALAM SOLAT - Janganlah was-was...

NIAT DI AWAL SOLAT

Terdapat setengah orang yang terlalu susah untuk menyertakan niatnya semasa takbîratul ihrâm, sehinggalah berulang-ulang kali mengangkat takbir. Kadang-kadang sampai imam ruku dulu barulah dia dapat menyempurnakan niatnya.

Ada pula setengah orang itu seperti orang bermain bunga silat ketika mengangkat takbîratul ihrâm. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan kesahîhan dan kesempurnaan ibadat sembahyangnya, kiranya sebutan kalimat takbîratul ihrâm iaitu “Allahu Akbar” melebihi daripada harakat yang dibenarkan iaitu tidak melebihi empat belas harakat (tujuh alif). Kemudian, dari segi pergerakan tanganya boleh jadi melebihi had yang dibenarkan iaitu tiga kali pergerakan.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan oleh penyakit was-was yang berpunca daripada gangguan syaitan. Seseorang akan berasa was-was dengan perbuatan yang dilakukan sama ada sudah sempurna atau belum.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain, dia membaca sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir ini dia akan lari menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat juga adalah induk segala zikir.

Para ulama juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit was-was ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

As-Sayyid al-Jalil Ahmad bin Abu al Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman.


-- al-Hadaf --

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez